Sunday, 17 May 2015

Dosa - Dosa Dr. Muhammad Morsi Ketika Memerintah Mesir

■Dosa - Dosa Dr. Muhammad Morsi Ketika Memerintah Mesir ■

#BACA ISI DIBAWAH DAHULU..BUKAN TAJUK DIATAS INI#

Mengapa kalangan liberal sangat berusaha menjatuhkan Presiden Mesir DR Muhammad Morsi? Salah seorang pembaca menghantar tulisan menarik tentang Dosa-dosa Presiden Mesir DR Muhammad Morsi.
Boleh jadi, pendapat yang dihantar melalui fanpage ini benar.
Bahawa ‘dosa-dosa’ inilah yang membuat pemerintahan Mursi di goncang.
Berikut tulisan lengkapnya:
Dosa Morsi itu adalah kerana dia boleh membawa Mesir dalam setahun ke arah jelapang makanan. Yang dulu zaman mubarak gandum hanya boleh dihasilkan dalam negeri sebanyak 20% paling banyak, sekarang sudah melampaui 60%. Dulu perlu mengimport ke Amerika, sekarang Morsi mengimport dari negara yang dia inginkan, yang lebih menguntungkan rakyat.
Keadaan ini dapat menjimatkan belanja negara sampai jutaan dollar pertahun sekaligus meningkatkan ekonomi petani.
Dosa Morsi adalah kerana membangunkan terusan Suez menjadi pasaran bebas dunia. Yang dulu di zaman mubarak hanya menghasilkan wang sebanyak 5.6 bilion dollar pertahun, akan meningkat 100 bilion dollar pertahun.
Dosa Morsi adalah menaikkan gaji PNS dan pesara sebanyak lebih 200%, manakala harga-harga barang boleh dipertahankan tidak naik, sehingga PNS jadi lebih makmur.
Dosa Morsi adalah membina kilang samsung terbesar di Arab di wilayah Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah.
Dosa Morsi adalah membuat kilang kereta sendiri sehingga untuk tahun-tahun ke depan tidak perlu lagi mengimport kereta.
Dosa Morsi adalah membuat kilang senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi mengimport senjata-senjata rongsokan dari Amerika.
Dosa Morsi adalah membuat kilang Innar (sejenis tablet / ipad), sehingga seluruh rakyat nanti boleh merasa nikmatknya memakai barang elektronik bermutu dengan harga yang berpatutan.
Anak-anak sekolah boleh belajar pakai alat canggih.
Dosa Morsi adalah mampu mempertahankan, bahkan menambah rizab pertukaran asing Mesir yang sebelumnya sudah di ambang kemuflisan.
Dosa Morsi terbesar adalah dia selalu solat berjemaah di masjid, hafal al Qur’an, selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki.
Dosa Morsi adalah menyokong perjuangan Palestin, Syria dan Myanmar.
Dosa Mursi yang tidak kalah parahnya mengeluarkan Mesir dari kongkongan kuasa tentera dalam 40 hari, di mana Erdogan memerlukan bertahun-tahun untuk melakukan hal itu.
Dosa Morsi meningkatkan harga diri negara Mesir di hadapan negara Arab lain bahkan dunia. Hingga Mesir jadi negara yang diambil kira.
Dosa Morsi adalah berusaha membangunkan tenaga nuklear dan tenaga matahari sebagai tenaga alternatif di Mesir.
Dosa Morsi adalah kerana ia mampu menarik pelabur luar negeri dan mempertahankan kepercayaan asing di Mesir.
Dosa Morsi adalah membuka kembali jalan darat antara Mesir dan Sudan sehingga kerja sama dalam bidang ekonomi kedua-dua negara akan meningkat.
Dosa Morsi adalah mampu membuka lapangan kerja baru untuk 600 ribu lebih orang pengangguran.
Dosa Mursi adalah berusaha mengembalikan harta yang dibawa lari ke luar negeri oleh Husni Mubarak dan kroni-kroninya.
Dosa Morsi adalah menegakkan kehakiman yang sebenarnya dan berusaha menghabisi kecurangan.
Dan banyak lagi dosa-dosanya yang tidak boleh kita sebutkan satu persatu yang membuatkan musuh politik Mesir kepanasan, terutama Amerika dan Israel yang menjadi dalang utama.
Kerana dosa-dosa itulah maka Morsi akan digulingkan oleh munafik-munafik penyokong Mubarak, liberal, sekular, komunis, dan Kristian Koptik serta puak Islam munafik.
Mereka memandang Mursi sudah gagal dah akan membawa Mesir ke arah kehancuran.
Itulah logik yang ada dalam kehidupan sekarang.
Itulah dosa insan bernama Morsi...



■ Siapa Dr. Mohd. Mursi? ■

1. Satu-satunya calon yang mana dia, isteri dan 5 anaknya menghafaz al-Quran
2. Satu-satunya calon yg berjanji di hadapan Allah dan rakyat utk melaksanakan syariat Islam
3. Satu-satunya calon yg pernah mengajar di 5 buah universiti antarabangsa
4. Satu-satunya calon yg pelbagai artikelnya diterbitkan oleh NASA
5. Satu-satunya calon yg pernah terpilih sebagai ahli parlimen terbaik di dunia dari tahun 2000-2005.
6. Satu-satunya calon yg tidak mencalonkan dirinya untuk jawatan tetapi dipilih oleh syura.
7. Satu-satunya calon yg memperolehi sokongan dari pergerakan cendikiawan terbesar Mesir iaitu Islamic Legitimate Body of Rights and Reformation
8. Satu-satunya calon yg berdiri di belakangnya parti politik terbesar Mesir iaitu Perti Kebebasan dan Keadilan
9. Satu-satunya calon yg berdiri di belakangnya Jamaah Islam terbesar di dunia iaitu Jamaah Ikhwan Muslimin.
10. Satu-satunya calon yang memiliki sebesar-besar projek pembangunan dan mengabungkan 1000 orang pakar dalam semua bidang kepakaran.

Sumber : WA

Saturday, 16 May 2015

Sempena Hari Guru : Alkisah Cikgu Ibrahim

Alkisah Cikgu Ibrahim

Cikgu Ibrahim mengajar di sebuah sekolah rendah. Di depan kelas darjah 4 pada hari pertama persekolahan, beliau memberitahu para pelajar satu pembohongan.

Seperti guru-guru yang lain, Cikgu Ibrahim memberitahu para pelajarnya bahawa beliau sayang mereka secara setara. Tapi mustahil, kerana di depan kelasnya ada seorang pelajar lelaki bernama Jimmy yang tidak bermaya dan lemah semangat.

Cikgu Ibrahim telah memperhatikan Jimmy sejak tahun lepas. Dia ini tak bergaul dengan rakan-rakan sekolah dan suka menyendiri. Pakaiannya dan rambutnya tidak terurus.

Nampak comot dan kurang bersih. Cikgu Ibrahim tidak suka kepadanya.

Cikgu Ibrahim tidak berniat nak mengajar Jimmy. Kerja rumahnya yang teruk dipangkah “X” dengan besar-besar tanpa diajar. Bila Jimmy gagal dalam peperiksaan, Cikgu Ibrahim menulis dengan pen warna merah. Kadang-kala terasa juga nak tulis “Padan Muka!” di

atas kertas tersebut.

Tiba masa untuk menulis rekod pelajar pertengahan tahun. Cikgu Ibrahim meninggalkan buku rekod Jimmy di bahagian terakhir. Menyampah nak baca dan tulis untuk pelajar yang malas, tak bermaya, tak terurus dan dibencinya ini.

Cikgu Ibrahim menyiapkan laporan untuk pelajar-pelajar yang lain dahulu. Akhirnya tiba giliran buku rekod Jimmy.

Mahu tidak mahu, Cikgu Ibrahim terpaksa membaca rekod Jimmy sejak Darjah 1 sehinggalah sekarang sebelum mencatat prestasi Jimmy berdasarkan pengamatan beliau.

Darjah 1, cikgu Jimmy menulis:

“Jimmy seorang pelajar yang sangat pintar dan kemas kerjanya. Senyumannya begitu bersemangat sehinggakan seluruh kelas mencontohi tingkahlaku beliau. Beliau mendapat tempat nombor 1 di sekolah dan aktif dalam sukan.”

Darjah 2, cikgu Jimmy menulis:

“Jimmy seorang pelajar yang sangat disukai semua guru dan rakan-rakan sekolah.

Jimmy masih mengekalkan keputusan cemerlangnya meskipun bapanya terkena penyakit kronik dan ibunya terpaksa sara keluarga. Kehidupan di rumahnya tentu mencabar.”

Darjah 3, cikgu Jimmy menulis:

“Bapa Jimmy meninggal. Jimmy cuba sedaya untuk fokus tapi ibunya, kerana terpaksa sara keluarga, terus mengabaikannya. Bantuan mesti diberikan jika tidak kehidupan keluarga akan ada negatif impak pada Jimmy. Keputusan Jimmy dah mula merundum dan dia lebih menyendiri. Jimmy dah mula tak buat kerja rumah dan tidur di dalam kelas.”

Setelah membaca ketiga-tiga laporan itu, Cikgu Ibrahim berasa bersalah mempunyai sangka buruk pada Jimmy sejak awal. Beliau sebak seketika dan tidak menulis laporan dalam buku rekod Jimmy.

Rupa-rupanya Jimmy jadi begitu ada kisahnya ... Cikgu Ibrahim berasa malu.

Pada sambutan Hari Guru, Cikgu Ibrahim menerima hadiah daripada semua pelajar dalam kelasnya termasuk dari Jimmy. Semua hadiah dibungkus dengan cantik kecuali hadiah Jimmy yang hanya dibalut dengan kertas kuning comot.

Cikgu Ibrahim memilih untuk membuka hadiah Jimmy dulu di depan kelas. Rakan-rakan sekelasnya ketawa hadiah comot yang dihadiah oleh Jimmy. Dalamnya ada satu cincin dan sekotak bedak usang.

Cikgu Ibrahim menyuruh kelasnya diam. Beliau memakai cincin tersebut dan meletakkan sedikit bedak di lehernya.

Jimmy tersenyum tapi tidak berkata apa-apa. Ini pertama kali Cikgu Ibrahim melihat Jimmy tersenyum.

Selepas habis sekolah, Cikgu Ibrahim terserempak Jimmy yang menunggu di tepi keretanya seorang diri.

“Apa hal Jimmy?”

“Tak ada apa. Cuma nak beritahu, Cikgu hari ini bau cikgu dan nampak seperti bapa saya. Terima kasih,” kata Jimmy sebelum beredar.

Masya-Allah. Mata Cikgu Ibrahim menjadi merah.

Mulai hari itu, Jimmy menjadi pelajar yang diberi perhatian khusus oleh Cikgu Ibrahim.

Cikgu Ibrahim berhenti mengajar matematik, menulis dan membaca. Beliau kini mula mendidik para pelajarnya sebagai seorang ibubapa.

Hubungan Cikgu Ibrahim dengan Jimmy bertambah baik. Jimmy memberikan perhatian dalam kelas dan setiap kata Cikgu Ibrahim. Pada akhir tahun, Jimmy kembali mendapat nombor 1 di dalam sekolah.

Pada akhir tahun darjah 4, Jimmy meninggalkan sekeping nota di kereta Cikgu Ibrahim.

“Cikgu adalah cikgu terbaik di dalam hidup saya. Dalam pepatah Cina, satu hari sebagai cikgu saya ialah sama dengan seumur hidup menjadi bapa saya. Saya sayang cikgu. Terima kasih kerana memakai bedak dan cincin bapa saya. Akhirnya, saya jumpa bapa saya kembali ke sisi saya.”

Cikgu Ibrahim sekali lagi menitis air mata.

Semenjak itu, Cikgu Ibrahim dan Jimmy menjadi sangat rapat sehinggalah ke sekolah menengah yang hanya di depan sekolah rendah. Setiap kali Jimmy mendapat keputusan cemerlang, Jimmy akan mengirimkan nota, “Cikgu masih cikgu terbaik dalam hidup saya. Tanpa cikgu, takkan ada Jimmy hari ini.”

Sebelum Jimmy ke Universiti di sebelah selatan, Cikgu Ibrahim mengajak Jimmy berjumpa untuk memberikan sedikit duit sebagai bekalan.

“Cikgu harap hubungan ini berterusan sampai akhir hayat,” kata Cikgu Ibrahim.

Jimmy berfikir sejenak

“Apa kata cikgu jadi ayah angkat saya? Macam ini, pasti takkan putus hubungan,” kata Jimmy.

“Cikgu dah lama anggap Jimmy sebagai anak. Cuma Jimmy tak panggil ayah saja lagi,” jawab Cikgu Ibrahim.

Jimmy terus memeluk Cikgu Ibrahim, “Ayah. Saya dah lama nak panggil ayah. Sejak bapa tiada, anakanda dah lama anggap cikgu sebagai ayah. Kalau bukan ayah masih percayakan anakanda darjah 4 dulu, anakanda dah tak tahu hanyut ke mana.”

“Terima kasih anakanda. Ayah yang patut ucap terima kasih. Ayah selama ini tak tahu mendidik sehinggalah ayah terjumpa anakanda darjah 4 lalu,” jawab Cikgu Ibrahim.

Senyum...

Ini adalah alkisah dari sedutan Buku Senyumlah 3. Selamat Hari Guru. - Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

Friday, 15 May 2015

Resepi Kentang Goreng Ranggup

Resepi Kentang Goreng Ranggup

Bahan - Bahan :-
3 Biji Kentang
2 Sudu Makan Cuka
500ml Air
Sedikit Perencah Maggi Kari
Sedikit Perencah PASTI SEDAP KNORR
Minyak untuk menggoreng

Cara - cara :-
1. Hiris kentang nipis2 menggunakan pisau buah
2. Didihkan air bersama cuka terlebih dahulu kemudian masukkan hirisan kentang tadi. Perlahankan api. Rendam selama 3 minit.
3. Angkat dan cuci kentang tersebut dan toskan sebelum menggoreng
4. Panasakan minyak. Goreng dengan api sederhana besar. Bila nampak kekuningan, angkat dan toskan.
5. Tabur kan sedikit perencah maggi kari dan sedikit perencah Pasti sedap knorr atau perencah yang anda suka.
6. Sedia untuk di makan.

■ posting ni saya dapat dari fb Fazilah Norman... terima kasih atas perkongsian yang sangat mudah ni... 😀

Thursday, 14 May 2015

Blog FREE Download Photoshop Files ( PSD )

Harini, SukeKongsi (SK) akan listkan beberapa link yang memberikan capaian download secara percuma untuk file-file yang berbentuk PSD ( Photoshop ).

Kepada mereka yang suka dengan design, boleh download file - file yang diberikan secara percuma di link ini, dan selepas men-downloadnya, anda boleh lah edit mengikut citarasa anda semua.

Di samping file yang Free, sesetengah web ini menyediakan file yang Premium ( berbayar ).
Sekiranya anda berminat dengan yang berbayar, anda boleh membeli nya.. dengan harga yang reasonable. Semuanya atas pilihan anda.

Harap posting sangat membantu ANDA dalam menghasilkan design yang cantik dan menarik.. selamat mencuba !... :)

1. FREE PSD FILES 
 Link : http://freepsdfiles.net/
   2. ALL-FREE-DOWNLOAD
Link : http://all-free-download.com/free-psd/
3. DOWNLOAD PSD


Link : http://downloadpsd.com/

p/s : harini hanya sempat masukkan 3 blog sahaja. Nanti akan di tambah lagi. :)

~ SukeKongsi ~

Tuesday, 12 May 2015

Cara Download Youtube Video dengan Mudah

Menikmati video di Youtubememang menyenangkan, akan tetapi kadang kita menginginkan agar videotersebut dapat di tonton berulang secara offline sehingga kita dapat menontonnya walaupun tanpa terhubung ke internet.
Oleh sebab itu para pengguna internet banyak yang menginginkan agar dapat men-download video dari Youtube sayangnya di situs Youtube belum ada fasilitas khusus untuk men-download video. Tapi jangan khawatir kita ga bisa meng-unduh video yang kita sukai, karena ada beberapa plugin di browser mozilla firefox yang dapat membantu kita meng-unduh video yang kita inginkan.
Bagi yang ingin meng-download video dari situs berbagi video Youtube, berikut adalah cara download youtube yang cukup mudah untuk dilakukan.

Tahapan cara download youtube

1. Gunakan web browser firefox, jika belum punya silahkan unduh secara gratis disini kemudian install.
2. Install addon firefox Video DownloadHelper, klik disini.
3. Setelah halaman Video DownloadHelper tampil, Klik tombol “add to firefox” seperti terlihat pada gambar dibawah ini
Cara Download Youtube dengan Video DownloadHelper
Firefox addon: Video DownloadHelper
4. Firefox akan meminta persetujuan anda untuk proses intalasi addon, klik “allow”
5. Firefox akan mulai meng-unduh addon Video DownloadHelper, tunggu sampai selesai.
6. Setelah selesai proses unduh, firefox akan menampilkan sebuah pop-up instalasi
7. Klik install now
8. Setelah selesai firefox akan meminta untuk di restart, lakukan restart.
9. Setelah selesai kita akan menemukan menu Video Downloadhelper pada bar di sebelah kanan atas
Sampai disini kita sudah berhasil meng-install addon video DownloadHelper, selanjutnya adalah cara mengdownload video dari situs youtube.
1. Buka situs youtube, melalui youtube.com
2. Lakukan pencarian terhadap video yang ingin di download
3. Setelah ketemu, klik video tersebut
4. Pada saat video tersebut dimainkan, lihat menu Video DownloadHelper di sebelah kanan atas, ketika sudah berwarna klik menu tersebut, kemudian pilih file video yang ingin anda download
5. File video akan mulai di download, tunggu sampai selesai.
Setelah proses peng-unduhan selesai, silahkan cari file file tersebut, biasanya terletak pada folder Download, atau sesuai dengan settingan komputer anda. Kemudian anda dapat memainkan Video tersebut dengan aplikasi pemutar Video seperti VLC.
Demikian informasi cara download youtube yang dapat kita lakukan, cukup mudah bukan?

Sumber

Cara Menghapus Aplikasi di Android

Semakin banyaknya aplikasi yang terinstall pada smartphone android maka secara tidak langsung akan menambah beban kerja processor smartphone yang anda miliki, apalagi jika memori handphone anda sudah mulai penuh maka beberapa aplikasi bisa jadi tidak berfungsi, karena beberapa aplikasi memang membutuhkan ruang kosong untuk dapat dijalankan.
Jika setelah dipertimbangkan ada beberapa aplikasi yang jarang digunakan atau bahkan tidak pernah digunakan, maka pilihan untuk menghapus aplikasi tersebut bisa jadi sebuah keharusan jika space memori smartphone anda semakin habis, tapi bagaimana caranya menghapus aplikasi di android?

Tahapan cara menghapus aplikasi di android

Cara menghapus aplikasi di android adalah sebagai berikut:
1. Masuk ke menu Setting.
2. Pilih menu application manager, kemudian akan ditampilkan daftar aplikasi yang terinstall di smartphone anda.
3. Pilih aplikasi yang ingin anda hapus, kemudian akan ditampilkan rincian detil dari aplikasi tersebut.
cara menghapus aplikasi di android
4. Pilih menu “Uninstall”, kemudian akan ditampilkan konfirmasi mengenai penghapusan aplikasi tersebut.
5. Pilih OK untuk menghapus aplikasi.
Setelah anda melakukan konfirmasi penghapusan aplikasi, maka android akan menghapus aplikasi anda, sehingga anda tidak dapat menggunakannya kembali, tapi jangan khawatir karena anda masih bisa untuk meng-install ulang aplikasi tersebut melalui Play Store.

Sumber 

Cara Delete Akaun Facebook

Sudah bosan dengan facebook atau ingin menggantikan akaun facebook anda dengan akaun yang baru, atau ada alasan lain sehingga anda ingin menghapus akun facebook yang anda miliki, pada postingan kali ini saya akan menjelaskan mengenai cara menghapus facebook  secara rinci untuk memudahkan anda dalam proses penghapusan akun facebook milik anda.
Tapi sebelum memutuskan untuk menghapus akun facebook anda sebaiknya di pikir ulang terlebih dahulu karena mungkin saja banyak hal yang sudah anda simpan pada akun facebook anda, misalnya catatan-catatan harian anda, foto-foto kenangan keluarga atau foto-foto kenangan bersama pacar anda. Dan yang paling penting adalah anda akan kelihangan sejumlah daftar teman anda di facebook, jangan sampai anda kehilangan kontak penting yang ada di facebook anda misalnya kontak dosen atau guru anda.
Baiklah sebelum benar-benar memutuskan untuk menghapus akun facebook, silahkan cek dulu beberapa hal berikut:
  • Periksa kembali foto-foto anda di facebook, simpan foto-foto yang anda anggap penting di hardisk komputer anda.
  • Periksa teman-teman yang anda miliki, cek apabila masih ada komunikasi yang penting.
  • Periksa inbox/message/chat barangkali ada hal yang harus anda simpan.
  • Periksa apakah anda memiliki/admin fanpage sebuah website atau grup di facebook.
  • Periksa apakah anda pernah membuat aplikasi dengan akun facebook tersebut (khusus untuk developer)
Jika diperlukan lakukan pencadangan data akun facebook anda, hal ini memungkinkan anda melihat beberapa data facebook secara offline. Caranya klik tanda panah kebawah di bagian atas kanan, kemudian klik menu setting, laman akan menampilkan General Account Setting, di bagian bawah terdapat menu “Download a copy of your facebook data”
Jika semua sudah di cek dan anda tetap yakin ingin menghapus akun facebook yang anda miliki, silahkan ikuti tahapan cara menghapus facebook berikut:

Cara menghapus facebook

1. Login ke akun Facebook yang anda miliki
2. Klik menu Setting yang dapat diakses melalui tanda panah kebawah yang ada di bagian atas kanan, lihat gambar dibawah.
Cara hapus facebook
3. Klik menu Security yang ada di sidebar sebelah kiri
Cara menghapus facebook
4. Laman akan menampilkan “Security Settings” dan dibagian bawah terdapat menu “Deactivate your account”
Cara menghapus facebook
5. Klik menu “Deactivate your account”
6. Laman akan menampilkan form pertanyaan mengenai alasan anda ingin menghapus akun facebook, pilih “This is temporary, I’ll be back” jika anda menginginkan agar suatu saat anda dapat mengaktifkan kembali akun facebook anda.
7. Jika sudah yakin klik tombol “Confirm” anda akan di minta untuk memasukan password anda sekali lagi, jika berhasil akun anda akan terhapus dan anda akan di logout secara otomatis.
Jika anda memilih “This is temporary, I’ll be back” anda dapat mengaktifkan kembali akun facebook yang sudah anda hapus dengan cara login ke Facebook menggunakan user dan password akun facebook yang anda hapus.

Sumber